Saturday, 1 October 2016

MENCARUT ?MENGUTUK ? HENTAM ?





apa salahnya ? jom kita telusuri satu persatu ya .


1- mencarut 
     "isu besar ke ? biar je lah kan mulut je jahat .yang penting hati baik 
       
      zaman nabi dulu ,ada wanita yang terkenal dengan solat dan puasa ,sedekah tapi nabi kata dia ahli neraka .
    
        sebab apa??
         
        apakah solatnya tidak berjaya memasukkan dia dalam syurga ?puasanya atau sedekahnya .tidak cukupkah menjadi tiket untuk dirinya menjadi ahli syurga yang mulia ?
     
        kerana apa ?hanya kerana menyakiti orang lain yakini orang lain jadi asbab masuk neraka .
         
    tapi hadis ini tidak terhenti disini sahaja .

"wahai rasullah ,ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa ,sedekah dan solatnya dia hanya sedekah dengan sepotong keju tetapi dia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya "
      
     apakah respon rasullah ?
      "dia di syurga "

(  hadis ahmad : 9298)

subahanallah ,mudahnya untuk masuk syurga dengan lisan tetapi amat mudah juga untuk masuk neraka hanya dek kerana lisan jugak .

anda yang pilih ,adakah lidah pinjaman allah ini kita ingin gunakan sebagai tiket ke syurga /neraka .anda pilih jika nak ke syurga allah janganlah mencarut berkata kasar dan kesat . 

muhasabah apakah mulut kita banyak mengumpat atau selawat ? banyak mencarut kasar-kasar atau  baca quran dengan lancar ? banyak maki atau banyak mencuci hati ?
tak sembang bab mengumpat lagi .lagi besar ceritanya ha ..

oleh itu ,pilihlah tiket anda dengan bijak 


2- mengutuk /hentam 

  bila kita mencarut n mengutuk sesorang ,sebenarnya kitalahh lagi busuk dan teruk daripada apa yang kita kutukkan .

jom kita telusuri sebuah hadis yang sohih daripada nabi kecintaan kita . 
"apabila ada seorang yang berkata ;celakalah manusia maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka darii mereka "
(HR Muslim ,4755)

islam mengajar kita supaya jaga lisan ,kerana antara sebab mudah masuk neraka ialah kerana lisan .jagalah hubungan dengan manusia di sekelilingmu sebaiknya kerana di akhirat kelak,allah tidak tanya tentang habluminallah sahaja,tetapi habluminannaas juga akan dipersoalkan .

rapuhnya tali ikatan hubugan sesama manusia ,maka akan rapuh juga tali sirat kita untuk masuk syurga allah kelak.

oleh itu ,di saat kita nak mengutuk dan memburukkan orangg lain ,ingat-ingatlah akhirat .

moga allah cinta dan redha 
moga allah kurnia syurga .

No comments:

Post a Comment