Tuesday, 11 October 2016




pernah dengar sim kad tune plus ?
mari kita berkenalan dahulu siap mereka ..



ini adalah serba sedikit pasal tone group .. 








ini adalah pelan pendapatan bila kita sudah menjadi ahli tone plus .
ini serba sedikit pasal sim ini 


jadi apa tunggu lagi mari ramai2 beli simkad tune plus ini 
banyak kebaikan kelebihan yang terdapat pada sim kad ini . 

ingin tahu kaitan sim kad ini dengan lebih mendalam 
atau anda sedang berfikir pasal perniagaan ini adalah jalan yang terbaik 
bole PM SAYA muhammad shahir bin sanusi 
0145221642


Sunday, 2 October 2016

SIAPAKAH QURAN DALAM HIDUP KITA ?




selalu baca quran ?
banyak hafal quran ?

mungkin ada yang hafal30 juz .mungkin ada yang juz 30 ja mungkin ada yang hafal surah surah lazim je . 

tak perlu untuk kita ceritakan berapa banyak pencapaian kita hafal quran .tunjukkan berapa banyak quran berjaya capai kita dalam hidup kita .

apakah quran berjaya capai akhlak kita ?

sentiasa baik kepada parents ,
komited buat kerja dakwah ,
selalu bersedekah walau pun susah .

adakah quran berjaya capai hati kita ?

sentiasa sangka baik kepada manusia ,
komited berzikir mengingati allah ,
selalu bersangka baik kepada allah 

akhirnya siapa quran dalam hidup kita ?

adakah sekadar penghias rumah,pengumul debu di rumah ? adakah quran menjadi kawan baik kita ?

sentiasa dibaca ,
sedih bila tak sempat baca ,
nak qadha bacaan bila lupa .

terjemahkan quran dalam bentuk akhlak dan jadikan quran sebagai teman baik kita agar di akhirat kelak kita baik baik aja hasil syafaat quran .

BISNENS BANYAK PROBLEM ?





bisnes banyak masalah ?
untung tak ada sangat ,banyak rugi ?
dah lama bisnes ,tapi tidak berkembang ?

tapi anda nak berubah kan ?

nak bisnes superb dan tip top ?
perniagaan yg berpanjagan ?
bisnes yang hebat dan berkat ?

senang je sebenarnya :)

bila nak buat bisnes yangg ada keberkatan dan berpanjangan ,buat 2 perkara ini je 

apakah 2 perkara itu ?

yep kita hanya perlukan dua perkara ini sahaja ,sudah cukup untuk buat bisnes kita meletup .dengan 2 perkara ini sahaja anda pegang erat .insyallah ada perubahan dalam bisnes anda.

jika anda perasan ,dalam banyak banyak kisah yang allah letakkan dalam surah khafi ini ada kisah yang sesuai kita jadikan pengajaran dan kita implemen dalam urusan seharian kita .

apakah kisah itu ?

kisah nabi musa n nabi khidir
ya benar ,tetang 2 orang nabi ini .

dalam surah al khafi ayat 65 hinggan 82 dikisahkan tentang nabi musa n nabi khidir 
apa pengajaran yang kita dapat dan nak implemen dalam bisnes ?

1- seorang manusia daripada umat nabi musa tanya kepadanya ,"siapakah orang paling alim ?"
"Aku'' respon nabi musa 

kerana bukankah nabi musa itu rasul allah ,dapat wahyu daripada allah dan ada kitabnya yang sendiri iaitu taurat ? bukankah juga nabi musa itu seorang yang hebat dan juga kecintaan allah ?

kerana ilmu allah itu luas ,tidak semua nabi musa tahu .

setelah mengatahui perkara tersebut ,terus nabi musa nak berguru dan ingin menuntut ilmu dengan nabi khidir walaupun dia sendiri dah banyak ilmu dan memang dah hebat .

subhanallah ..

baiklah lihat disini ..

pengajaran pertama yang perlu kita faham ialah ..
bila rasa ilmu tiada ,maka carilahh guru yang ada ilmu 
jangan rasa pandai dan jadi bodoh sombong .

saya istilahkan sebagai 
''bodoh dalam pandai ''

mungkin agak kasar tetapi itulah realiti masyarakat kita di mana bila tak tahu terus buat buat pandai padahal boleh je nak berguru dan bertanya .

terlalu nak menangkan ego dan rasa malas .terlalu ego nak mintak tunjuk ajar dah tahu rasa padahal zero ilmu dan malas nak berjaya .
oleh itu , pengajaran daripada ayat quran ini ialah carilah guru bila tiada ilmu .
dalam sektor bisnes bagaimana pula ?
carilah mentor .



yang seterusnya ..

maka mulalahh kembara nabi musa berguru dengan nabi khidir 
saya ringkaskan kisah ini sebab kisah ini ramai yang sudah maklum tahu .kisah di mana nabi khidir kata kepada nabi musa 
"sessungguhnya kamu sesekali tidak akan sanggup sabar bersamaku ''
kahfi ;67

selepas itu apa jadi kepada nabi musa ?
baginda gagal untuk terus sabar dengan nabi khidir 

berapa ramai yang hari ini terus nak hidup mewah dan gaya orang kaya padahal bisnes baru nak mula nafas .bisnes baru nak pasang sayap di belakang tetapi terus nak terbang ke angkasa ?
kita terlalu banyak sembang dan syok sendiri .

kita tak sabar
taknak sabar ..

bila rugi sabar baiki strategi 
bila bisnes jatuh sabar bangkit bisnes baru 
bila orangg tipu sabar buat kontrak lain kali
bila pekerja lari sabar buat agreement lain kali 
bila klien tiada sabar tambah skill bisnes lagi.

jadi 2 perkara ini penting bila kita nak buat bisnes
1) kena ada mentor 
2) bersabar 

Saturday, 1 October 2016

MENCARUT ?MENGUTUK ? HENTAM ?





apa salahnya ? jom kita telusuri satu persatu ya .


1- mencarut 
     "isu besar ke ? biar je lah kan mulut je jahat .yang penting hati baik 
       
      zaman nabi dulu ,ada wanita yang terkenal dengan solat dan puasa ,sedekah tapi nabi kata dia ahli neraka .
    
        sebab apa??
         
        apakah solatnya tidak berjaya memasukkan dia dalam syurga ?puasanya atau sedekahnya .tidak cukupkah menjadi tiket untuk dirinya menjadi ahli syurga yang mulia ?
     
        kerana apa ?hanya kerana menyakiti orang lain yakini orang lain jadi asbab masuk neraka .
         
    tapi hadis ini tidak terhenti disini sahaja .

"wahai rasullah ,ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa ,sedekah dan solatnya dia hanya sedekah dengan sepotong keju tetapi dia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya "
      
     apakah respon rasullah ?
      "dia di syurga "

(  hadis ahmad : 9298)

subahanallah ,mudahnya untuk masuk syurga dengan lisan tetapi amat mudah juga untuk masuk neraka hanya dek kerana lisan jugak .

anda yang pilih ,adakah lidah pinjaman allah ini kita ingin gunakan sebagai tiket ke syurga /neraka .anda pilih jika nak ke syurga allah janganlah mencarut berkata kasar dan kesat . 

muhasabah apakah mulut kita banyak mengumpat atau selawat ? banyak mencarut kasar-kasar atau  baca quran dengan lancar ? banyak maki atau banyak mencuci hati ?
tak sembang bab mengumpat lagi .lagi besar ceritanya ha ..

oleh itu ,pilihlah tiket anda dengan bijak 


2- mengutuk /hentam 

  bila kita mencarut n mengutuk sesorang ,sebenarnya kitalahh lagi busuk dan teruk daripada apa yang kita kutukkan .

jom kita telusuri sebuah hadis yang sohih daripada nabi kecintaan kita . 
"apabila ada seorang yang berkata ;celakalah manusia maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka darii mereka "
(HR Muslim ,4755)

islam mengajar kita supaya jaga lisan ,kerana antara sebab mudah masuk neraka ialah kerana lisan .jagalah hubungan dengan manusia di sekelilingmu sebaiknya kerana di akhirat kelak,allah tidak tanya tentang habluminallah sahaja,tetapi habluminannaas juga akan dipersoalkan .

rapuhnya tali ikatan hubugan sesama manusia ,maka akan rapuh juga tali sirat kita untuk masuk syurga allah kelak.

oleh itu ,di saat kita nak mengutuk dan memburukkan orangg lain ,ingat-ingatlah akhirat .

moga allah cinta dan redha 
moga allah kurnia syurga .

Thursday, 29 September 2016

KENAPA SEDIH ?




sedih itu,sedih ini,sedih dengan pelbagai perkara kehilangan ,cacian dan makian ,umpatan orang dan sebagainya .
ada waktu memang manusia akan merasakan kesedihan itu .
mungkin pernah dengar ayat ini "janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita " (at -taubah :40).
para nabi bersedih bahkan rasulullah pun bersedih pada saat ditinggalkan oleh orang-orang yang dicintai namun beliau tidak bersedih lebih-lebihan .
nabi segara bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan .
begitu jugak dengan kita ,kena marah kena tegur itu baru sedikit sepatutnya dengan teguran itu sepatutnya buat kite bangkit dan terus move on . bukan sedih nangis .betulkan?
"janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yg beriman .

"ingat dekatkan diri dengan Allah ,yakin setiap ujian yang Allah beri pasti ada sebab dan pasti kebaikannya . percayalah bersangka baiklah pada Allah "

Wednesday, 28 September 2016









tak mudah sebenarnya berada di jalan ini,
semakin lama perjalanan,
semakin terasa sukar untuk menghadapinya.
sebab itu orang nak berubah senang ,
tapi nak istiqamah itu yang susah .
tapi bila dah pilih jalan ini ,
hati tetap kena sado ,
sebab kita hendak mencari redha allah ,
bukan redha manusia .

allah tidak akan memberi sesuatu ujian melebihi 
kemampuan hambanya .
sebab disebalik setiap ujian itu ada GANJARAN yang allah akan berikan.

"tanpa kita nampak ,allahh bantu kita dalam diam"

Tuesday, 27 September 2016

JODOH DATANG DI WAKTU YANG TEPAT












jika dia benar untukku dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
dan jika bukan damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu,
kesendirian dalam penantian yang menjaga iman,
jauh lebih mulia daripada berpasagan namaun penuh dengan 
tidak baikan,
 aku yakin setiap yang datang itu dekat,
bersabarlah kerana itu adalah kunci kegembiraan,
balutlah dengan hati yang pasrah.
 '' yang faham dan memahami erti sendirian yang sebenarnya ,
   kerana memang saat ini kita harus sendirian ,
   kamu peribadi yang baik ,terjaga saat ini tengah berusaha untuk 
   mendapatkan cintamu,sabarlah kamu kuat kamu hebat .

Monday, 26 September 2016

FIKIR




BIAR BERAT BADAN,
JANGAN BERAT DOSA ,






BIAR HITAM MUKA,
JANGAN HITAM HATI,






BIAR MISKIN HARTA ,
JANGAN MISKIN BUDI BAHASA.

Jangan Cari Yang Sempurna ,Tak Akan Jumpa.

So ,Think About That :)






Tak Kenal Maka Tak Aruf


assalamualikum 




Nama diberi shahir bin sanusi , allhamdulillah telah dilahirkan pada 26.9.1995.Telah berumur 21 tahun .Dilahirkan di pahang.Bekas pelajar Darul Quran di Kuala Kubu Bharu .Allhamdulillah sekarang menuntut ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia di bidang ekonomi dan pengurusan.
Seorang yang minat pada perniagaan .Dan ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti insyallah .


"you just need to learn how to believe in yourself !:)